Dalam perkembangan teknologi di dunia yang begitu pesat, tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan animasi begitu pesat membangun di dunia, oleh itu, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan produk animasi seperti negara-negara lain, tetapi dengan kepakaran dan teknologi yang begitu terhad, Malaysia masih lagi jauh ketinggalan dalam menghasilkan produk animasi yang bermutu. Oleh itu ,saya sebagai pelajar dalam bidang animasi ingin menghasilkan produk animasi dan tenaga kepakaran tempatan yang setanding dengan negara-negara lain pada masa akan datang.